Tuesday, April 28, 2009

problem internet di pkg Ampangan

Masalah intenet membelenggu kami..banyak susah!!!!Rasa2 nak balik je..Gi sek lagi bagus.Banyak kerja yang boleh diselesaikan.


APRIL....
Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar SK KGV.Bulan ini merupakan Bulan PSS di SK KGV.Pelbagai aktiviti pertandingan diadakan oleh panitia-panitia mata pelajaran.Murid teruja,guru pula berlumba-lumba menghasilkan kreativiti masing-masing untuk melatih pelajar menjadi pelajar yang serba boleh.

Berita Terkini





BERITA TERKINI :Penghakiman bagi Pertandingan Perpustakaan Mini Kelas bermula daripada 30 April 2009 selama seminggu. Pertandingan diadakan mengikut 2 kategori iaitu Tahap 1 (Pra,tahun 1 hingga tahun 3) dan Tahap 2 (tahun 4 hingga tahun 6).Kategori penghakiman meliputi bilangan buku,rekod pengunaan dan keceriaan Mini Perpustakaan Kelas. TAHNIAH kepada yang menghasilkan sudut bacaan yang menarik untuk anak didik warga sk kgv.Berikut adalah beberapa contoh perpustakaan mini kelas yang mengambil bahagian.

Sudut-sudut di PSS



Pkg Ampangan telah mengadakan Kursus Membina blog PSS bermula dari 28 April 2009 hingga 29 April 2009.Kursus ini diadakan selama dua hari.Seramai 45 orang guru GPM telah hadir untuk mengikuti kursus tersebut.GPM semua teruja tapi....... tak dapat buat sebab masalah internet.Kasihan dekat kami semua....Sapa ya boleh bantu ?

Monday, April 27, 2009

Maklumat Pss SK KGV


Selamat Datang ke Laman PSS SK KGV,Ampangan Seremban,Negeri Sembilan.Laman PSS ini memaparkan maklumat-maklumat dan aktiviti PSS SK KGV.Semoga apa yang dipaparkan dapat dikongsi bersama.

RENUNGAN

RENUNGAN
Majlis Anugerah PSS Kebangsaan